Kelas :
1 Amanah
Masa :9.45
pagi-10.15 pagi.
Tema :
Sukatan dan Geometri
Tajuk :9.
Ruang 3D dan 2D
Standard Kandungan: 9.2 Mengenal pasti
bentuk tiga dimensi(3D)
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
i.
Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak
segiempat
sama, silinder dan sfera.
Objektif :Pada akhir pembelajaran,murid dapat :
a) Menamakan 5 bentuk 3D
b) Menjawab sekuarang-kurangnya 3 soalan
dengan betul dari 5 soalan.
Fasa
|
Aktiviti
|
Komunikasi
|
1.Persediaan
Pemerhatian
dan Analisis
|
a.Murid membuat pemerhatian
terhadap objek tiga dimensi
yang diletakkan di atas
meja.
bentuk objek dan bersoal jawab
dengan murid
c. Guru mempamerkan bentuk-bentuk
tiga dimensi danmengaitkannya dengan objek dalam
aktiviti (a).
|
i. Pernahkah kamu melihat
bentuk-bentuk ini?
ii. Berikan contoh-contoh objek
yang berbentuk kuboid yang
pernah murid lihat di persekitaran
mereka.
i. Bentuk ini dinamakan kuboid
ii Ini bentuk kubus, kon,sfera,piramid tapak segiempat
sama,,sfera dan silinder.
|
2.
Imaginasi
Penjanaan
idea
Sintesis
Idea
|
a.Perkukuhkan kemahiran murid
dengan melakukan aktiviti
seperti contoh di bawah:
b. Bentuk kan murid kepada
beberapa kumpulan.
c. Edarkan 6 keping gambar bentuk
3D dan sekeping kertas
yang tercatat nama
bentuk-bentuk seperti di bawah kepada setiap kumpulan .
Kumpulan
Lekatkan bentuk-bentuk 3D
yang disenaraikan di bawah
1. kubus
2. kuboid
3. sfera
4. silinder
5. kon
6. piramid
|
i. Setiap ahli kumpulan diminta
melekatkan gambar bentuk
tiga dimensi mengikut
namanya.
ii. Kumpulan yang dapat melekatkan gambar dengan
betul dalam masa yang paling singkat dianggap
sebagai pemenang.
iii. Bincangkan hasil kerja murid sebagai pengukuhan
dan pamerkan hasil kerja murid
|
3. Perkembangan
Pelaksanaan
Menilai
|
a.
Murid
ditunjukkan dengan bentuk-bentuk 3D satu persatu.
b. Murid
disoal mengenai bentuk-bentuk
tersebut.
|
i)Apakan
nama bentuk ini?
|
Tindakan
|
a. Edarkan lembaran kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2 kepada
setiap murid.
b. Bincangkan hasil
kerja murid.
|
Selesaikan tugasan yang
diberi.
|
Pentaksiran
|
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di
Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum
bergerak ke
kemahiran berikutnya.
|
|
Nilai dan Sikap
|
Terapkan sifat
bekerjasama semasa menjalankan aktiviti berkumpulan.
|
Refleksi :
1. Kekuatan pengajaran
Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan
tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya. Walaupun bilangan
murid sedikit,saya tetap berasa bersemangat unutk menyampaikan pengajaran pada
hari tersebut.Pada awal pengajaran dan pembelajaran,saya menarik perhatian
murid dengan benda-benda maujud agar mereka dapat melihat dengan lebih jelas.1. Kekuatan pengajaran
Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi
pengajaran yanng digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat
melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut.Saya
berasa sangat gembira apabila melihat mereka belajar dengan aktif.
Sekiranya mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran, saya bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan
pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang
diberikan.
Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar .
Saya telah menyediakan benda-benda
maujud untuk mengcungkil idea mereka pada permulaan pengajaran. Seterusnya saya
menggunakan bongkah yang sebenar yang menunjukkan bentuk 3D agar pemahaman
mereka lebih jelas lagi. Walaupun bilangan murid sedikit,saya telah buat
aktiviti secara berkumpulan(berpasangan).Saya menyediakan satu tugasan untuk
mereka.Saya berasa puas hati apabila melihat mereka cuba sedaya upaya
menyiapkan tugasan yang diberi.
Ketika melaksanakan pengajaran, saya bergerak aktif cuba sedaya upaya untuk
membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Saya telah bergerak dari meja ke
meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat
latihan kendiri.
2. Kekurangan pengajaran
Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat kelemahan
yang dapat dikesan.Dalam pengajaran dan pembelajaran,saya tidak mempelbagaikan
bahan bantu mengajar.Saya hanya menumpukan benda-benda maujud sahaja.Walaupun
murid-murid melibatkan diri secara aktif,namun saya dapati mereka perlukan
sesuatu untuk mereka libatkan diri secara aktif.Mereka ingin membuat sesuatu
yang menujukkan mereka faham apa yang dipelajari.Mereka juga ingin tampil ke
hadapan untuk menunjukkan mereka boleh menjawab soalan yang dikemukakan.
Selain itu,masa yang singkat membuat saya agak
terburu-buru untuk menghabiskan pengajaran saya pada hari itu.Disebabkan masa
yang singkat,saya tidak dapat menumpukan murid-murid yang lemah.Murid-murid ini
akan membuat bising untuk menarik perhatian saya.
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada
kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak
ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat
imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang
telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk
memperbaiki kelemahan yang dilakukan.
Sebelum memulakan pengajaran,saya perlulah buat
persediaan yang rapi dari segi penyediaan bahan bantu mengajar.Ini kerana bahan
bantu mengajar yang menarik dapat menjadikan suasana p&p lebih ceria dan
objektif akan tercapai.Kad-kad yang pelbagai warna dan saiz dapat menarik
perhatian perhatian murid serta membantu mereka memahami sesuatu konsep.
Masa juga sangat penting dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.Semasa menyediakan rancangan pelajaran harian,saya perlulah
merancang aktiviti yang sesuai dengan masa pengajarann dan pembelajaran.Dalam
pengajaran pada hari itu,aktiviti berkumpulan mungkin tidak sesuai kerana peruntukan
masa yang pendek.Ataupun aktiviti berkumpulan itu di permudahkan agar masa yang
dijalankan tidak terlalu lama.
Walaupun ada kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran
saya pada hari tersebut,namun saya berpuas hati kerana objektif saya
tercapai.Kesemua murid dapat menamakan bentuk-bentu 3D yang ditunjukkan oleh
guru.Selain itu,murid-murid juga dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberi
dengan cepat dan betul.
satu blog yang memberikan banyak maklumat kepada semua, Taniah!
ReplyDeleteSiap RPH dan refleksi lagi...boleh buat rujukan ni... Tahniah! tapi sayang video tak boleh buka..
ReplyDelete